Thursday 30 January 2014

Homemade Ice Cream Recipes :)

Assalamualaikum... :)

Masa kat Melaka ritu, saya ada beli satu paket biskut oreo..dalam kepala dah terpikir nak buat aiscream..mihmih :P

Jom... share resepi kat sini.

AIS-CREAM OREO (Home Made)

.....dan bahan-bahan nya ialah.....
senang jer ^_^
Bahan-bahan nya ialah....

1 tin susu cair 
6 sudu susu pekat manis (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
dan paling penting biskut oreo.

Sebelum masuk dalam peti ais.. :)
Cara-cara nya ialah....
Campur semua bahan kecuali biskut oreo. Pukul semua bahan-bahan guna mixer yang agak tinggi selama 2o minit tanpa henti. Lepas tu masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan terlebih dahulu. Hancurkan lebih kurang 6 atau 7 keping. Hancurkan creamnya sekali. Putar 5 minit lagi. Selepas itu tuang adunan tadi dala, bekas dan hiaskan dengan biskut oreo diatasnya. Simpan aiscream dalam freezer semalaman.

Ready to eat..Yummy :P
Yeay..dah siap..jemput makan aiscream..hihihi :)

May everyone always have smile on their face. =)

1 comment:

  1. Review dong hasilnya, enak atau nggak?
    salam kenal dulu...ya , saya dari indon .
    Assalamualaikum... mbak Nora.

    ReplyDelete