Saturday 13 December 2014

Resepi cheesekut

Sebelum ni,
 aku pernah cakap nk update resepi stail norawanisz kan??
Nah..
ni resepi cheesekut..
sape suka makan cheesekut boleh geng ngan aku...
Ekekeke~~

Simple jer...

Ni antara bahan-bahan yang di perlukan


1. Biskut 
2. Susu pekat
3. Susu cair
4. Cream cheese (aku guna brand tatura)
5. Milo/oreo/nestum (optional)
5. Bekas untuk isi cheesekut


Mula-mula ambik tiga bahan ni then kacau guna mixer. Kalau korang nak guna blander pun boleh. Cheese cream aku guna semua yang 250g campur 1/2 tin susu pekat dan beberapa sudu susu cair (aku letak 5@6 sudu susu cair). Kalau nak lagi manis tambah lagi banyak susu cair. 


Lepas tu ambik biskut dan rendam dalam susu cair. Tak payah rendam lama sangat. Bagi biskut tu tenggelam dalam susu sudah la. Pahtu angkat susun dalam bekas. Selangkan dengan bahan yang di blend/mixer td. Letak selapis demi selapis berselang seli. Mulakan dengan cream cheese kemudian biskut. Lapisan paling last letak cream cheese.


Optional. Boleh guna milo atau oreo atau nestum sebagai topping cheesekut korang. Aku guna milo. Senang. Balance nanti aku boleh buat air milo..haha 


Aku susun cheesekut dalam bekas ni. Bekas ni aku beli kat parkson. Rm8.99 untuk 9 bekas. Aku rasa sangat mahal. Tapi aku beli jugak..huhuhu demi mu cheesekut :'(


So, tadaaa~~♥♡♥
My cheesekut ready to eat . 

Ittadakimasu (~_^)

Pesanan penaja: 
Nak sedap lagi simpan dalam peti sejuk semalaman
Lau dah tak sabar boleh terus ngap.haha

Sayonara..ai shiteru~~♡


May everyone always have smile on their face. =)

3 comments:

  1. Otanjobiomedeto untuk saya.. Hadiah ntuk diri sendiri,,,buat cheesekut ikut resipi sis...

    ReplyDelete
  2. Best rupanya cheesekut ni. saya ada tutorial kat youtube nnti bleh tgk.

    ReplyDelete